Khamis, 25 Ogos 2016

L.A.S.A.I.F.C. & MUFC LEGEND .F.C.


L.A.S.A.I. F.C. DAN  MUFC LEGEND F.C.

bersua kembali dalam kisah seterusnya,
di era 80an dan 90an, ramai sahabat-sahabat seperjuangan. begitu juga dengan pelapis  L.A.S.A.I.
bola sepak adalah hobi bagi setiap remaja di kampung puyut. ramai pemain pemain lama yang masih lagi aktif bersama pelapis pemain muda L.A.S.A.I. F.C. sehingga sekarang.
walau pun sebahagian pemain mempunyai kerjaya masing masing namun sikap kesukanan amat menebal di hati masing-masing. kerana bola sepak sentiasa menyatukan pemain dan juga peminat L.A.S.A.I. ada sebahagian pemain masih lagi aktif walaupun bukan bersama pasukan L.A.S.A.I. namun sikap dan semangat pasukan L.A.S.A.I sentiasa ada didalam jiwa masing-masing.
  saya masih ingat dahulu semasa pasukan L.A.S.A.I. di tubuhkan oleh pemain-pemain di kampung puyut. kalah dan menang sudah menjadi soal biasa apa yang penting adalah kepuasan dalam persembahan masing-masing sewaktu di atas padang. begitu juga dengan peminat-peminat sentiasa memberikan sokongan padu apabila pasukan kami mengadakan perlawanan dengan mana-mana pasukan. pada masa itu pasukan yang sentiasa memberikan tentangan ialah dari pasukan,  LAMAQ.F.C. POLIS.F.C, SAPAGAYA. F.C. dan lain lain. walaupun pasukan kami masih lagi baru namun kami cuba memberikan tentangan pada pasukan mana sahaja yang akan kami lawan,
 
pasukan kami terdiri dari pada, EDDIE,MOHD ZAIN,ALAWI,ABD AZIZ,JUSLIN MOHD, JAIS, MADIS, ABD SATTAR, ALAWI, NASLIN, KHAN,MADMIN, dan berberapa lagi pemain yang tidak dapat saya sebutkan. walaupun pasukan kami baru namun semangat kami sentiasa berkobar-kobar,
  pernah juga pasukan kami membuat permainan persahabatan dengan berberapa pasukan yang lain di luar dari kawasan lahad datu, itu semua demi belajar untuk mendalami tentang bola sepak, pasukan kami amat meminati TEAM MANCHESTER UNITED@ M.U.F.C. kerana pasukan M.U. adalah pasukan yang paling hebat dari segi skill dan juga permainan, sebab itulah nama pasukan  L.A.S.A.I. dan pemain pemain lama dan baru menyarung jersey  MUFC. LEGEND.F.C.
    L.A.S.A.I. sentiasa menjadi kenangan hebat buat remaja dan penduduk di kampung puyut.



 walaupun kami berada jauh dirantauan orang namun kami sentiasa mufakat demi bangsa dan agama. peredaran masa dan zaman, banyak belia-belia dari kampung puyut berhijran ke semenanjung demi mencari pengalaman baru dalam bidang kerjaya masing-masing. belia-belia lama dan baru sentiasa berhubung antara satu di media masa seperti facebook, wassap, instragram dan wechat.
  apa yang hebat di sini adalah sentiasa kenal asal usul demi bangsa bajau.

bersua kembali di kisah yang akan datang, moga kita sentiasa diberikan kekuatan dan kemakmuran sepanjang masa demi bangsa dan agama.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan