Rabu, 31 Ogos 2016

BERMAIN PERANG-PERANG DI BAKAU PUYUT



BERMAIN PERANG-PERANG DI BAKAU PUYUT.

  berjumpa lagi, terimah kasih kepada pembaca blog saya, kali ini saya ingin menceritakan tentang kisah yang paling saya suka dan gemari. ini adalah permainan yang kami mainkan bersama kanak-kanak lelaki dan juga perempuan, bermain secara berkumpulan antara pasukan kami dan juga pasukan lawan. biasanya kami bermain di kawasan paya bakau di kampung puyut kerana kawasan tersebut ibarat hutan untuk askar-askar pergi berperang.

kampung puyut adalah kawasan yang amat luas dan kaya dengan khazanah paya bakau. ada berbagai jenis pokok pokok bakau, dan ada sebahagian kawasan ini di duduki oleh penduduk di kampung puyut. jadi kami kanak-kanak kampung puyut selalu pergi ke kawasan bakau. kerana mempunyai kawasan yang amat bagus untuk kami bermain. kami memberitahu semua kawan-kawan kerana kami ingin pergi ke bakau untuk bermain, kebiasannya kanak-kanak lelaki dan perempuan akan turut serta bersama-sama.






oleh kerana paya bakau mempunyai tanah yang kering dan lembab. sebab itulah kami suka dan gemar bermain di kawasan tersebut. kami kerap bermain di waktu pagi anggaran 10.00 am hingga 5.00 pm. biasanya bila waktu tengah hari kami balik ke rumah masing-masing. sebelum kami balik kami terlebih dahulu mencuci kaki dan selipar kerana kawasan paya bakau menjadikan kaki kami kotor sekali.
  
PERATURANNYA IALAH,

   bahagikan kepada dua kumpulan, tidak kira lelaki atau perempuan, mempunyai senjata  senapang kayu. jika ada orang lebih itu dikira anak bulan boleh ikut mana-mana dia mahu. lawan atau kawan di boleh ikut itulah kelebihan  anak bulan ini. 
apabila permainan dimulakan, semua orang harus bersembunyi ikut kumpulan masing-masing. jangan sampai kelihatan oleh pihak lawan. sesiapa yang sebut nama semasa bermain  ia dikira mati....macam mati kena tembak, sebab bila lawan lihat mereka, pasti sebut nama lawan mereka terlebih dahulu , pemain yang sudah mati kerana nama dia sudah di sebutkan ia tidak boleh lagi bersembunyi ikut kumpulan. sehinggalah semua pemain sudah kelihatan dan di sebut nama masing-masing, maka kumpulan yang mampu sebut nama-nama pemain ia adalah pemenang dalam permainan ini. kerana mampu bertahan tampa kelihatan oleh pihak lawan. 
     pada pemain perlawanan askar-askar ini, mereka harus bersembunyi dari diketahui oleh lawan. apa saja aksi dan kebolehan menyamar dan apa jua cara mereka lakukan demi kemenangan kumpulan masing-masing. walau pun pakaian mereka kotor oleh lumpur paya bakau mereka tidak hiraukan kerana mereka ibarat askar sebenar, ada sebahagian kawan-kawan bila pakaian mereka kotor mak mereka akan memarahi anak-anak mereka kerana bermain di bakau puyut.



bila berada di bakau puyut kami dapat bermain bermacam-macam permainan, boleh mandi manda, mencari ketam- ketam pek, boleh mencari anak anak udang, boleh mencari lokan, boleh mencari umang-umang dan umpun-umpun, bakau puyut menjadi lokasi tempat permainan kami kerana ia lebih dekat dari pergi ke kampung panji.

jenis permainan ini tidak selalu kami mainkan kerana ia juga mengikut musim-musim tertentu. walaupun begitu ia sungguh menyeronokan bila kami bermain bersama kawan-kawan sekampung. bila kami bermain perang-perang selalunya perempuan membuat rumah kecil, pondok kecil tempat perlindungan askar-askar lawan dan kami, yang amat seronok ialah apa bila menjadi orang yang terakhir didalam perperangan ini. sama sama pertahankan kemenangan. ada diantara kami yang mahir membuat senjata daripada kayu terbuang.

moga kita dapat bersua lagi di kisah selanjutnya, jenis permainan ini sentiasa menjadi kenangan yang sungguh indah pada kami kanak-kanak di zaman 80an hingga 90an. walaupun tampa gajet-gajet canggih namun kami sedar ia sebuah kenangan indah.
saya masih ingat kawan-kawan bermain di bakau puyut, di antara nama-nama mereka ialah. 
RONO, DIBANAN, DIDING GAGGIL, DIDING BARI, IKIK, DIKIK, HIAH,KOYONG,ADIK KOYONG, ADIK BARI, DIDING BARI, HUSSIN, AZMAN, ILWAN, BENYAJID,BENJID, SIS RAN, MUDY, RAJIS, NASAL, SADAT, ERANG,
dan nama-nama mereka yang tidak dapat saya sebutkan disini, 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan