Ahad, 28 Ogos 2016



bermain guli / mag guli kita.

terimah kasih kepada pembaca blog  L.A.S.A.I. KG PUYUT,  bersua lagi di cerita seterusnya.
pasti ramai yang tahu permainan ini terutama kepada kanak-kanak zaman sekarang begitu juga kanak-kanak di zaman kami tidak pernah lupa pada permainan ini.
      biasanya bermain guli di lakukan oleh kanak-kanak lelaki sahaja. memang di zaman kami dahulu, bermain guli adalah permainan yang amat menyeronokkan. bermain guli terbahagi kepada dua jenis permainan guli. pada zaman kanak-kanak kami di kampung puyut. kami selalu bermain guli di kampung panji di situlah terletaknya tempat kami bermain guli beramai-ramai. ada berbagai-bagai jenis guli. mengikut warna dan corak di dalam guli tersebut. 


JENIS-JENIS GULI

guli terbahagi kepada dua jenis guli berwarna-warni dan terang.











guli marbel tidak jernih dan sama saiz seperti guli biasa. namun warna dan bentuk berbeza dari guli-guli biasa. 










kami kanak-kanak puyut. selalu bermain beramai-ramai. ia juga mempunyai musim untuk jenis permainan ini. biasanya kami bermain guli sehingga ke kampung panji kerana di kampung panji ramai juga kanak-kanak sebaya kami. jika tiada masa kami bermain di kampung panji kami akan ke bakau puyut, di sana juga kami akan bermain guli bersama-sama dengan kawan-kawan sekampung.



kanak-kanak di puyut biasanya bermain guli dan membawa guli masing-masing. bermain guli memerlukan skill masing-masing bergantung dari pada pemain guli tersebut dan cara menggunakanya. ada dua jenis permainan guli yang kami selalu mainkan.

1. kumpulkan guli di dalam bulatan dan kami mengundi giliran melalui lontaran guli sesiapa yang lebih dekat dengan garisan maka dialah pemain yang akan mendapat giliran pertama dan begitu juga dengan yang lain akan dinilai melalui lontaran guli sesiapa yang lebih dekat dari pada yang lain. itulah cara mengundi giliran lontaran pemain.

2. menggunakan sebiji sahaja guli, sama seperti di atas cara mengambil giliran. peraturannya ialah pemain guli mesti memasukan guli mereka ke dalam lubang. sesiapa yang berjaya memasukkan guli kedalam lubang dialah berjaya di dalam permainan itu sehinggalah rakan-rakan yang lain juga berjaya. tetapi caranya berubah sedikit daripada permulaan. permulaan yang berjaya memasukan guli mereka dikira pemenang pantas, bagi yang tidak berjaya mereka perlu menghentam guli lawan dan seterusnya memasukan kedalam lubang barulah dikira berjaya. pemain guli yang terakhir dikira kalah. dan selepas itu ia akan meletakkan guli berdekatan lubang dan tangan pemain akan menghalang guli pihak lawan.



 didalam permainan guli, pemain harus menghentam guli lawan. jika guli lawan terkena ia dikira pemain guli lawan kalah dan ia keluar dari permainan tersebut begitu juga pemain-pemain yang lain mencoba menghentam guli pihak lawan. untuk memenangi  guli yang berada didalam bulatan kerana guli didalam bulatan adalah taruhan didalam permainan guli tersebut.

ada juga sebahagian kawan-kawan yang kalah dalam permainan guli bila mereka kehabisan guli mereka akan membeli guli dari pada pemenang kerana mempunyai guli yang banyak. 10 biji guli atau 15 biji guli pemilik guli tersebut akan menjual dengan harga 10sen.

memang seronok kan bermain guli beramai-ramai. kenangan bermain guli sukar kami lupakan kerana ia juga hobi yang  amat menyeronokan. apabila musim guli tiada guli-guli yang kami milik akan kami simpan didalam bekas ataupun di dalam bekas  ikan. 

bersua lagi dikisah selanjutnya moga kisah ini menjadi kenangan indah buat kawan-kawan kami di kampung puyut. sampai jumpa lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan