Jumaat, 26 Ogos 2016

KREATIF ZAMAN 80AN HINGGA 90AN





PERMAINAN PISTOL BAMBU / MAG LUSTANG

bersua kembali dalam blog seterusnya.
pasti ramai budak-budak legend tahu jenis permainan ini. begitu juga kami kanak-kanak di kampung puyut. pistol bambu buatan kretiviti sendiri dan mudah di dapati dan senang dibuat. kami kanak-kanak era zaman 80an hingga 90an, perminanan ini kami biasa memanggilnya lustang ia biasa di mainankan oleh kanak-kanak lelaki pada zaman kami.



  bila musim bermain lustang kami akan bermain bersama kanak-kanak lelaki di kawasan kampung puyut dan juga kampung tiak-tiak kerana kampung kami berdekatan sekali. paling seronok kerana kami bermain beramai-ramai, itulah masa yang amat seronok semasa bermain tak kira malam atau pun siang. kanak-kanak sebaya kami gemar bermain berkumpulan. lustang adalah senjata kami. jenis permainan ini hanya menggunakan peluru daripada kertas surat kabar lama, kerana ia mudah didapat dirumah masing-masing. 

ada membuat lustang dalam berbagai saiz ada yang panjang dan juga yang pendek. biasanya kami menggunakan bambu jenis yang muda dan berwarna hijau. kerana ia senang di bentuk. mungkin pada zaman serba moden ini permainan ini tidak lagi di mainankan, bagi kami di zaman 80an-90an ia adalah kenangan paling bermakna. kerana kami sentiasa ada berbagai-bagai jenis permainan ia mengasah minda dan kebolehan kami sendiri.

pasti seronok apabila bermain beramai-ramai kadang sehinggakan masa tidak kami sedari ada yang di marahi oleh ibu masing-masing kerana bermain tidak tahu sudah jam berapa. kami biasanya bermain mengikut kumpulan masing-masing dan berlawan dari kampung air vs kampung tiak-tiak. ibarat tentera yang sedang bertempur dengan musuh.
    kalah atau menang ia bukan menjadi masalah bagi kami apa yang penting ialah kepuasan bermain bersama kawan-kawan ia dipenuhi dengan gelak ketawa dan juga serangan kepada lawan masing-masing untuk memperdengarkan bunyi lustang siapa yang paling kuat di kalangan kami. kami pergi bersama-sama kawan-kawan untuk mencari bambu di kawasan berhampiran. tempat yang selalu kami pergi untuk mencari bambu ialah di kuburan jepun dekat dengan kawasan balai polis bandar lahad datu. sebab di kawasan berhampiran terletaknya perkuburan di zaman jepun. seram dan tidak sudah perkara biasa apa yang penting memiliki bambu yang bagus untuk membuat lustang.

itulah sebahagian dari pada alat-alat permainan kami di zaman 80an hingga 90an.
walaupun sudah tidak di gunakan lagi kami haraf ia adalah permainan yang menyeronokan.
kalau anda tidak cuba mana anda tahu apa menariknya permainan lustang ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan