Isnin, 22 Ogos 2016

ASAL KAMPUNG PUYUT DAN DI SEBALIK NAMA LASAI





ASSALAHMUALAIKUM

selamat berjumpa lagi dalam kisah yang lebih lanjut lagi mengenai kisah LASAI KAMPUNG PUYUT @ KAMPUNG AIR.  sebelum kita berbicara lebih lanjut lagi ingin saya ceritakan lebih lanjut lagi mengenai kisah kampung puyut @ kampung air lahad datu.

     kampung puyut sudah lama terbentuk waktu zaman nenek moyang kita lagi. berhijrah ke sabah demi mencari kehidupan yang lebih baik. ramai yang sudah lama tinggal dan ada yang sudah berkeluarga dan beranak pinak. kampung yang terdekat di kawasan kampung puyut terbahagi kepada berberapa nama nama kampung mengikut situasi dan kaum di kawasan kampung tersebut. antaranya ialah kampung panji, kampung bakau, kampung air, kampung simunul, di lahad datu sahaja ada macam macam nama nama kampung yang tidak kurang hebatnya. kerana ada kisah dan ceritanya tersendiri. contohnya kampung singgamata, kampung unta, kampung sapagaya, kampung muhibbah, kampung tabanak, kampung logpon, kini di antara nama kampung tersebut ada yang masih kekal dan mungkin sudah tiada. mungkin sudah berubah mengikut pembangunan dan pembentukan bandar bandar baru demi melihat lahad datu menjadi sebuah bandar yang cukup membangun mengikut perkembangan ekonomi pada masa kini.

pada zaman kegemilang. hasil yang paling membangun di sabah ialah hasil kayu balak di situ banyak syarikat syarikat milik org luar. menghasilkan kilang kilang papan atau kayu kayan untuk di eksport kayu balak ke luar negara. pada zaman itu kita boleh lihat kapal kapal balak yang datang dari luar negara berlabuh untuk megeksport kayu balak ke luar negara. banyak juga kapal kayu balak bersaiz besar datang berlabuh ke laut lahad datu setiap tahun kerana sabah terkenal dengan sumber alam semula jadi iaitu kayu balak. banyak kapal yang datang dari benua amerika dan juga dari jepun kerana hasil kayu balak adalah paling bermutu sekali. sabah terkenal kerana kayu balak yang berbagai jenis dan bermutu tinggi.

    pada zaman itu syarikat inggris telah membuka sebuah syarikat kilang memproses kayu balak untuk di jadikan papan dan juga papan lapis/playwood. pasti ramai yang kenal SILAM CAMP@PACIFIC HARDWOODS,  atau di kenali sebagai KENNEDY BAY,  itulah satu satu milik inggirs menguruskan perusahan dalam bidang kayu balak.



   kita kembali kepada cerita kampung puyut @ kampung air. maksud asal nama kampung puyut ialah jalan yang banyak simpang dan berbelok belok. puyut adalah dalam bahasa bajau. hanya orang lama lama saja yang faham apa maksud sebenar puyut. selepas itu digantikan kepada kampung air kerana penduduk membuat rumah di atas air.

suku kaum  BAJAU. terbahagi kepada berberapa suku dan logat. tidak semua bahasa bajau sama. ada sebahagian saja yang bisa di fahami. antaranya bahasa bajau ialah dari bajau ubian, bajau suluk, bajau ayakan, bajau tabawan, bajau sampurna, bajau kota belud, bajau basilan, bajau simunul dan lain lain lagi.

 anak anak bajau sudah terbiasa. dan memang darah daging asal anak anak bajau. ialah bajau laut mungkin sekarang ada yang masih tidak tahu bahawa bajau adalah org laut. kerana laut tidak boleh di pisahkan dengan kehidupan  orang orang bajau, kerana orang orang bajau memang unik dengan mempunyai budaya masing masing. begitu juga dengan kebolehan dan muzik mereka tersendiri.

kampung puyut mempunyai ramai belia dan juga kanak kanak mereka melalui zaman yang cukup sederhana dan seniasa di didik dengan tatatertib dan adat bangsa sendiri. itulah zaman yang saya sendiri lalui. dan apakah erti kehidupan sebenar. zaman kanak kanak kami. cukup unik kerana ramai kawan kawan yang sebaya dengan kami tak kira lelaki dan perempuan. kami sama sama bermain dan belajar sehinggalah kami dewasa dan mempunyai kehidupan tersendiri. kenangan di zaman kanak kanak kami cukup indah kerana tidak sama seperti pada zaman kini.

  zaman sekarang memang moden dan canggih tapi kami tidak ada sama sekali di zaman kamu tapi kami mempunyai zaman yang cukup kreatrif dan pintar serta zaman kami cukup baik dari segi didikan rohani dan jasmani kami sendiri.


apa maksud lasai 

 ramai yang suka tulis nama lasai, apa maksud di sebalik nama LASAI.
lasai di tubuhkan semasa remaja remaja suka dan berminat tentang bola sepak, mereka tidak kurang hebatnya dari segi belia pelapis lasai ramai pelapis sehingga sekarang begitu juga pemain pemain vetren mereka masih aktif sehingga sekarang. sebelum lasai di beri nama ada lagi berberapa nama pasukan dari pasukan lasai...seperti  KAUKANAT.....BLUES GUY...nama blues guy adalah nama pertama sebelum ditukar ganti kepada nama lasai.
   antara pemain pemain kami di masa itu ialah, ABD SATTAR, MIRLAN,JOSLIN,MADIS,MADMIN,LEE,ALAWI dan ramai lagi yang mungkin sudah saya lupa nama mereka kalau ada geng geng lasai sila komen dan beritahu nama nama pemain kita yang vetren nanti saya akan masukan sekali di dalam kisah kita ini.

kami juga pernah menubuhkan kelab kami sendiri atas usaha kami semua, kami menamakan BENFICA FC. nama nama pemain ialah, RYIAN,RONO,YAKIN,DIDNG GAGIL,DIDING BARI,BEN, HIAH, DIKIK,ADIK BARI,SAHADAT, HATTA, ADIK JOSLIN, RICKY dan mungkin ada yang terlupa saya sebutkan..maklumlah kan da lama 25tahun lamanya. minta maaf saja ye.


sampai di sini saja buat kali ini kita akan bersua lagi di masa akan datang. terimah kasih kerana sudi membaca blog saya. jika ada masa saya akan update dari masa ke semasa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan