Sabtu, 27 Ogos 2016

PESTA LAYANG LAYANG KG PUYUT / MAG TAGURIK KITAM




PUYUT PESTA LAYANG-LAYANG / MAG TAGURIK KITAM.

berjumpa lagi di kisah seterusnya. terimah kasih kepada pembaca blog  L.A.S.A.I. PUYUT.
kita imbas kembali kisah yang paling cukup bermakna di zaman kanak-kanak kami. semasa di kampung puyut. biasanya musin bermain layang-layang ini kami bermain bila musim angin kuat. angin kuat biasanya berlaku di waktu pagi dan petang dan akan tenang di waktu malam.
apa bila seorang sahaja yang membawa dan menerbangkan layang-layang ke udara maka bermulalah pesta layang-layang di puyut ibarat pesta yang cukup meriah apa bila di waktu pagi dan petang mengikut kekuatan angin.

  pesta layang-layang biasanya kami panggil dalam bahasa bajau, mag tagurik. dalam erti kata bermain layang-layang. ada berbagai jenis layang-layang yang kami buat mengikut kreativiti masing-masing. bukan sahaja seperti pesta tetapi ada kelainan sedikit apabila musin bermain layang-layang. kerana disitulah ibarat pertandingan layang-layang siapa yang paling hebat yang boleh memutuskan tali lawan. kami di puyut dan lawan kami tak kira sesiapa sahaja apa yang penting dapat memutuskan tali lawan seberapa banyak layang-layang pihak lawan yang putus.

  pada pemungut layang-layang akan sentiasa bersedia untuk berebut. siapa yang boleh memiliki layang-layang yang telah tewas dan seberapa banyak mereka dapat miliki kerana ia akan menjadi milik mereka. bermula dari panjang tali dan juga  jenis layang-layang yang tewas dalam pertandingan itu.

ramai yang hebat dalam pembuatan layang-layang. begitu juga penulis blog. kami kerap menggunakan dari bahan-bahan yang mudah dan senang didapati di rumah masing-masing.
antara bahan bahan yang kami sering gunakan ialah. beg-beg plastik yang bersaiz kecil mahupun besar tidak kira apa juga jenis plastik. lebih menarik lagi jika ada logo dari plastik tersebut. bahan kedua adalah batang lidi kelapa. ataupun penyapu lidi. dan juga tali. tali terbahagi kepada dua jenis tali dari jenis tali kapal nyalon yang putus kami akan mengambil dan memilih satu demi satu dan menyambungkan tali-tali tersebut sehingga menjadi panjang untuk kegunaan kami bila bermain layang-layang nanti. ada juga benang yang kami gunakan.


 BENANG NYALON

biasanya kami gunakan benang berwarna putih kerana tidak mudah kelihatan bila menggunakan untuk terbangkan layang-layang.







PENYAPU LIDI / KOYANG

lidi sebagai struktur kekuatan untuk pada layang-layang tersebut.



PLASTIK SERBANEKA / KOMPEK / SUPUT

bahan asas adalah plastik yang berbagai jenis lebih menarik jika ada berbagai warna dan logo.

TALI NYALON / LUBID-LUBID

jenis tali yang lebih tahan lama dari pada benang tetapi tidak sesuai semasa perlawanan untuk memutuskan tali lawan. kerana mudah menjadi sasaran dan mudah putus jika pihak lawan ingin memutuskan tali layang-layang anda.




   tidak kurang hebat  pada kampung tiak-tiak kerana ramai pembuat layang-layang mahir dari berbagai jenis layang-layang sehinggalah layang-layang wau, bila layang-layang wau terbang kami tidak boleh putuskan tali layang-layang wau kerana ia bukan lawan kami yang sebenar.
 
layang-layang ada bermacam-macam jenis dan saiz  sesiapa saja mempunyai layang-layang cantik dan terbang dengan baik sekali itulah lawan yang akan kami putuskan. kerana layang-layang kami mempunyai benang yang tajam ibarat pisau yang boleh memutukan tali . itu juga salah satu kebolehan kanak-kanak kami pada zaman  itu. 

kami ada resipi sendiri untuk menajamkan benang kami untuk perlawanan nanti. antara bahan-bahan yang kami gunakan ialah tepung sedikit, putih telur dan kaca-kaca yang telah kami haluskan sehingga menjadi halus seperti debu kerana kaca-kaca akan kami tapis untuk mendapatkan yang lebih halus lagi. kaca-kaca bermacam-macam jenis yang sering kami gunakan diantaranya ialah botol, mentol, cawan kaca dan apa jua jenis kaca kami pernah gunakan. kerana kaca ada yang mempunyai ketajamannya tersendiri. biasanya kami memasak kesemua bahan bahan tersebut dan kami gaul sehingga sebati dan menjadi kental seperti bubur. maka bermulalah membalut kesemua benang yang kami miliki sehingga benang tersebut habis kami gunakan dan salut dengan bahan yang kami masak tadi. benang kami lingkarkan diantara tiang tiang atau kayu kayu untuk prosess pengeringan pada benang tersebut sehinggalah benang kami benar-benar kering selepas itu kami akan gulung dalam bekas tin yang lebih besar. itulah cara kami membuat benang untuk pertandingan memutuskan benang lawan.




   pada pemungut layang-layang mereka sanggup buat apa sahaja demi mendapatkan layang-layang yang tewas. jika angin kearah laut maka pemunggut sanggup menggunakan sampan untuk meraih hasil yang akan mereka perolehi. apa yang penting adalah kepuasan yang sering terpancar pada pemunggut layang-layang. antara sebab kerana mereka tidak pandai dan mahir dalam membuat layang-layang.

tidak kira masa layang-layang dipuyut sentiasa ada sahaja yang terbang tinggi di awan biru. menandakan angin cukup bagus untuk setiap pemilik layang-layang untuk menerbangkan layang-layang masing-masing. 

   waktu sekolah kami akan kesekolah dan apabila waktu bermain layang-layang kami akan bermain bersama-sama.  setiap pemilik layang-layang akan menerbangkan layang-layang masing-masing di kediaman sendiri. kami biasanya menerbangkan di atas bumbung rumah kami sendiri kerana mudah kami kendalikan layang-layang semasa perlawanan.

itulah sebahagian kisah layang-layang dipuyut yang masih lagi segar dalam ingatan.
layang-layang adalah jenis permainan yang cukup seronok bagi pemilik layang-layang bila dapat menerbangkan dan mengandalikan layang mereka. bukan mudah membuat layang-layang ia memerlukan ketelitian dan kemahiran dan skill masing-masing sehingga boleh melihat hasil pembuatan dan berhasil terbang tinggi di udara .

jumpa lagi di kisah berikutnya dan sampai jumpa lagi.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan