Era tahun 80an dan 90an.
selamat datang, kepada pembaca yang ingin tahu tentang sebuah kisah kampung yang begitu aman dan damai pasti ramai yang tahu kampung tersebut, kampung yang penuh kisah dan cerita suka dan duka pada penduduk di kampung tersebut.
kampung yang sederhana dengan penduduk yang berbilang kaum ada bugis,suluk,bisayah, cina,bajau, iban, idaan,melayu dan lain lain lagi. sebuah kampung yang rata rata rumah di atas air seperti penempatan orang-orang bajau,suluk dan lain lain. tetapi mejoriti penduduk ialah berbangsa bajau dan suluk. pada era tahun 80an dan 90an itulah era yang amat berbekas di ingatan bagi kanak kanak dan juga penduduk kampung air tersebut.
kampung puyut berdekatan dengan pulau panji atau di kenali sebagai kampung panji kerana terdapat sebuah pulau yg di diami oleh berberapa penduduk asal di kampung panji tersebut. bagi penempatan di kampung tersebut ibarat cendawan yang semakin hari semakin berkembang dan mempunyai ramai penduduk dari berbagai kampung yang lain pindah ke kampung air.
kampung air mempunyai sebuah anak sungai yang berkait rapat dengan sungai-sungai di perairan silam, sungai yang mempunyai banyak kazanah dan hidupan liar seperti monyet, burung bangau, dan juga jenis binatang yg lain, begitu juga sumber kayu kayan yang banyak terdapat di kawasan belukar dan payah bakau yg banyak sekali di kawasan sungai kampung puyut. jika sumber ikan memang kawasan sungai kampung puyut adalah kawasan yang paling popular bagi penduduk di kawasan tersebut untuk mencari rezeki.
kampung puyut mempunyai banyak sumber rezeki seperti sungai yang mempunyai banyak hidupan seperti ketam,udang,ikan kerapu,ikan merah, ikan cermin@ikan putih, dan juga jenis jenis ikan yang lain permandangan laut yang luas dan mempunyai banyak terumbu karang yang tidak kurang hebatnya dengan jenis ikan yang berada di terumbu karang tersebut ia menjadi hasil dan juga surga bagi pemancing pemancing ikan di kampung tersebut.
penduduk di kampung tersebut sentiasa bantu membantu satu sama lain ibarat jiran yang sentiasa di hormati walau pun bukan keluarga. bahasa bagi penduduk di kampung tersebut ada banyak jenis dialek atau pertuturan bahasa dari suku suku kaum di kawasan sabah. ramai di antara penduduk kampung tersebut adalah mempunyai pertalian keluarga dari asal usul nenek moyang.
maka dengan ini saya ingin menceritakan pada semua pembaca tentang kehidupan kami masa zaman kanak kanak yang sentiasa mempunyai apa saja kegiatan yang tidak kurang hebatnya. mungkin bagi saya zaman kegemilangan kehidupan kanak kanak kami sudah jauh berbeza dengan kehidupan zaman sekarang. walau pun zaman sekarang semua serba canggih namun zaman kegemilangan zaman kanak kanak kami bagaikan zaman yang mempunyai sejarah tersendiri kerana ia lahir atas kreativiti kanak kanak pada zaman kami di era 80an dan 90an.
antara jenis jenis permainan yang kami lakukan pada zaman 80an dan 90an adalah seperti.
1. bermain layang layang ( mag tagurik ) dalam bahasa bajau.
2, bermain guli ( mag guli ) dalam bahasa bajau
3. bermain tembak buluh ( mag lustang ) dalam bahasa bajau
4. bermain gambar gambar ( mag pata pata ) dalam bahasa bajau
5. bermain perang perang ( mag askal askal ) dalam bahasa bajau
6. bermain getah ( mag gatah ) dalam bahasa bajau
7. bermain lastik ( mag lastik ) dalam bahasa bajau
8. bermain bola lesut ( mag rondos ) dalam bahasa bajau
9. bermain badminton ( mag badminton ) dalam bahasa bajau
10. bermain sampan ( mag kapal kapal ) dalam bahasa bajau
11. bermain batu seremban ( mag samban ) dalam bahasa bajau
12. bermain kereta kayu ( mag kareta kareta ) dalam bahasa bajau
13. bermain hantu ( mag panguah panguah ) dalam bahasa bajau
14. bermain sembunyi ( mag tulus tulus ) dalam bahasa bajau
15. bermain baling duit dalam lubang ( mag binggol ) dalam bahasa bajau
16. bermain bola ( mag bola sepak ) dalam bahasa bajau
17. bermain bola tampar ( mag bola tampal ) dalam bahasa bajau
18. bermain masak masak ( mag bala bala ) dalam bahasa bajau
19. bermain kawin kawin ( mag kawin kawin ) dalam bahasa bajau
20. mandi manda ( mag pandi ) dalam bahasa bajau
21. memancing ( mag pasih daing ) dalam bahasa bajau
22. menonton tv ( ngandah tv ) dalam bahasa bajau
23. sekolah ( mag iskul ) dalam bahasa bajau
24. baling botol ( mag pasah kacah ) dalam bahasa bajau
25. bermain petak 6
26. bermain baling kasut/ selipar
27. bermain kayu tiga
28. bermain kayu tangkap
29. lompat tinggi jari dan kaki
30. bermain pedang pedang
31. bermain bungkus gula gula
32. bermain tangkai ais krim
33. bermain lepas halangan
34. tangkap anak anak ikan
35. bermain buah bakau ( mag bintik tongkek ) dalam bahasa bajau
36. bermain penutup botol
37. bermain yoyo
38. bermain zombie zombie
39. berhari raya
40. mencari lokan
41. mencari umpan umpun umpun
42. menyabit ikan
43. menangkap ketam suri@ ketam bunga
44. mengaji dan sembayang di surau
bersua lagi di lain cerita saya akan ceritakan semua pengalaman saya sampai jumpa lagi
wujud lagi ka puyut?
BalasPadammasih lagi wujud sampai sekarang cuma zaman skg jauh beza dengan zaman kanak kanak kita dulu. tujuan blog ini untuk merakamkan kisah kisah zaman kanak kanak masa era zaman tersebut ia saya abadikan dalam blog khas saya
PadamBisa
Padam