PERMAINAN TEPUK GAMBAR DAN PIAK-PIAK PUH
Berjumpa lagi di kisah kali ini, terimah kasih kepada semua pembaca blog saya, kisah kali ini ingin saya ceritakan satu jenis permainan yang kanak-kanak lelaki paling gemari bila bermain permainan ini. mungkin masih lagi terdapat barangan yang kami mainankan ini. ia diberi nama gambar-gambar, dalam bahasa bajau patta-patta. jenis permainan ini ada berbagai cara untuk kami mainankan. kami akan ceritakan satu demi satu apakah permainan yang menyeronokan ini. ikutilah kisah ini lebih lanjut lagi yang mungkin akan mengenang kembali kisah zaman kanak-kanak anda.
bila musim bermain jenis permainan ini, kami kanak-kanak kampung puyut lah yang paling seronok dapat berjumpa kawan-kawan dan bermain beramai-ramai. kami habiskan masa bersama-sama sehingga ke petang barulah kami balik ke rumah masing-masing. kadang sampai waktu sekolah barulah kami berhenti dan pulang kerumah untuk pergi ke sekolah.
bila kanak-kanak puyut dan tiak-tiak sudah berjumpa maka suasana akan menjadi riuh dan dan bising sehinggakan ada juga orang tua tua marah kerana kami terlalu bising. kami akan senyap seketika sehingga kami selesai bermain permainan ini. biasanya kami akan pergi ke tiak-tiak untuk mencari kawan-kawan dan kami ajak bermain bersama-sama. bila ada berberapa kanak-kanak bermain di suatu tempat maka kanak-kanak yang lain akan datang berkumpul sehingga menjadi ramai.
paling menyeronokkan ialah bermain piak-piak puh, dan taruhan adalah kad gambar-gambar. kalah dan menang sudah jadi perkara biasa. ada yang gembira dan ada juga yang merasa sedih kerana tidak menang didalam permainan ini.
ada berbagai jenis kad gambar-gambar apabila di kumpulkan terasa puas dan menyeronokkan pada setiap kanak-kanak di kampung puyut dan kampung tiak-tiak. kadang kami bermain sehingga ke kampung panji.
boleh dikatakan kanak-kanak di kampung puyut, tiak-tiak dan kampung panji mempunyai kehebatan didalam bermain permainan ini. apa saja kami mainankan mereka pasti dan sentiasa bersama-sama.
itulah yang paling menyeronokan bila dapat berkenalan antara satu dengan yang lain sambil dapat bermain bersama-sama.
permainan patta-patta atau kad gambar-gambar kami mainankan berbagai cara diantaranya ialah seperti.
1. tepuk gambar-gambar di lantai.
2. tepuk gambar tangan di atas dengan kad gambar-gambar di telapak tangan.
3. piak-piak puh dan taruhan adalah kad gambar-gambar.
4. mag kabbat, kad gambar-gambar didalam petak dan pemain mempunyai batu untuk melawan batu pemain lawan sambil boleh melontar kad gambar-gambar didalam petak.
disini saya jelaskan lebih lanjut lagi apakah peraturan dan cara-cara untuk bermain permainan ini.
TEPUK GAMBAR-GAMBAR DI LANTAI.
mesti mempunyai dua pemain sahaja, pemain akan menaruhkan gambar-gambar miliknya sebanyak yang dia inginkan maka pihak lawan akan setuju dan turut serta didalam permainan mereka. pemain akan mengundi giliran dengan cara. o-ssom tangan contohnya jika lawan tunjukkan isyarat gunting mesti kalah jika lawan tunjukkan batu. selepas itu pemain yang menang akan memulakan tepuk lantai untuk meniup kad gambar-gambar sehingga menjadi terbalik berapa banyak kad gambar-gambar yang pemain tumbangkan itulah miliknya. tepuk dilantai sentiasa bergilir-gilir antara sesama pemain lawan.
TEPUK GAMBAR-GAMBAR DI TELAPAK TANGAN
hanya ada dua orang sahaja pemain, dan meletakkan gambar-gambar ditelapak tangan sambil tangan lawan bertepuk dengan pemain, sambil melihat gambar-gambar siapa yang lebih dahulu jatuh ke lantai didalam keadaan terbalik adalah dikira kalah sehingga seterusnya. sungguh mudah sekali memainkan permainan ini.
MAG KABBAT
jenis permainan ini pula ialah, boleh bermain beramai-ramai seakan jenis permainan guli, namun pemain menggunakan batu sebagai objeck milik pemain untuk melawan milik kawan-kawan yang lain. harus menghentam batu-batu lawan atau menghabiskan kad gambar-gambar di dalam petak tersebut. pemain harus memijak garisan semasa membuat lontaran untuk mengeluarkan kad gambar-gambar didalam petak tersebut sehingga habis jika tidak dapat mengeluarkan kad gambar-gambar pemain lain akan membuat perkara yang sama pada petak taruhan.
MAG PIAK-PIAK PUH, BERMAIN DAUN TERUP
bermain piak-piak puh, di mainakan oleh empat orang sahaja, pemain harus susun daun terup mengikut bentuk dan angka ia dinamakan bermain 13 daun terup. ia menjadi hobi yang paling kanak-kanak minat. mereka boleh bermain didalam permainan daun terup. jika permainan terup membosankan kami bermain lucky, menggunakan dua daun terup sahaja.
biasanya permainan ini tidak lama bertahan kerana akan menyusul pula permainan yang lain yang kami tidak jangkakan. itulah zaman kanak-kanak kami ada sahaja permainan yang akan kami lakukan bersama sama dengan kawan sekampung. tidak pernah ada rasa bosan dan penat kerana kami sentiasa merasa seronok.
mungkin pada kawan-kawan yang pernah bermain permainan ini pasti akan tahu apa kenangan yang kami lalui bersama-sama dizaman era 80an hingga 90an.
sampai jumpa lagi dikisah selanjutnya yang akan saya ceritakan kepada semua generasi akan datang. kerana ini adalah permainan kami di kampung puyut lahad datu, sabah. salam satu L.A.S.A.I.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan